
SEJARAH
Sebelum ini Pos Lanai lebih di kenali dengan nama Pos Dicson. Dicson diambil sempena nama seorang pegawai tentera British yang di tugaskan dikawasan berkenaan. Namun demikian nama Pos Dicson akhirnya ditukarkan kepada nama Pos Lanai oleh penduduk setempat. Pada zaman penjajahan tentera Jepun Pos Lanai merupakan kubu bagi askar Tanah Melayu. Kubu Askar Melayu terletak di Pos Lanai manakala tentera Jepun berada di seberang Pos Lanai iaitu di Kampung Perangkap. Sekolah ini telah dibina pada tahun 1970-an. Pada masa itu sekolah ini diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).